Laporan yang dibuat oleh Jawatankuasa Penyiasatan |
11. | Jika Jawatankuasa Tatatertib berpendapat bahawa laporan yang dibuat oleh Jawatankuasa Penyiasatan tidak jelas dalam apa-apa perkara tertentu atau bahawa penyiasatan lanjut dikehendaki, perkara itu boleh dirujukkan semula kepada Jawatankuasa Penyiasatan untuk menjalankan penyiasatan lanjut dan untuk membuat laporan lanjut. |
Notis kepada anggota |
12. | Apabila laporan yang dibuat oleh Jawatankuasa Penyiasatan diterima, Jawatankuasa Tatatertib hendaklah menyebabkan supaya diposkan atau dihantar kepada anggota yang terhadapnya aduan itu dibuat— |
| (a) | suatu salinan laporan yang dibuat oleh Jawatankuasa Penyiasatan dan dokumen lain yang difikirkan berkaitan oleh Jawatankuasa Tatatertib; |
| (b) | suatu notis pendengaran tatatertib yang memberitahu anggota itu tarikh, masa dan tempat di mana prosiding pendengaran terhadapnya hendaklah dijalankan; |
| (c) | suatu notis yang memberitahu anggota itu bahawa dia akan diberi suatu peluang untuk didengar dan untuk memeriksa atau memeriksa balas saksi; dan |
| (d) | suatu notis kepada anggota itu bahawa dia boleh, tertakluk kepada kaedah 14, dibenarkan diwakili oleh seorang peguam bela dan peguam cara atau oleh seorang anggota Institut. |
Ketidakhadiran pihak-pihak di hadapan Jawatankuasa Tatatertib |
13. | Jika anggota yang terhadapnya aduan itu dibuat gagal untuk hadir di hadapan Jawatankuasa Tatatertib pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan bagi pendengaran tatatertib itu tanpa apa-apa alasan yang sah dan Jawatankuasa Tatatertib berpuas hati bahawa notis mengenai pendengaran tatatertib itu telah diberikan mengikut perenggan 12(b), Jawatankuasa Tatatertib boleh terus mendengar aduan itu semasa ketiadaannya. |
Hak untuk diwakili |
14. | (1) | Anggota yang terhadapnya aduan itu dibuat hendaklah memberitahu Jawatankuasa Tatatertib secara bertulis sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum pendengaran tatatertib itu sama ada dia bercadang untuk diwakili oleh seorang peguam bela dan peguam cara pada pendengaran itu atau tidak. |
| (2) | Jika anggota itu gagal memberitahu Jawatankuasa Tatatertib mengikut subkaedah (1) dan diwakili oleh seorang peguam bela dan peguam cara pada pendengaran tatatertib itu, Jawatankuasa Tatatertib hendaklah mengunakan budi bicaranya sama ada untuk menangguhkan pendengaran itu atau tidak bagi membolehkan Jawatankuasa Tatatertib mengguna khidmat seorang peguam bela dan peguam cara menurut kaedah 15. |
| (3) | Jawatankuasa Penyiasatan berhak melantik seorang wakil atau seorang peguam bela dan peguam cara untuk hadir bagi pihaknya pada pendengaran tatatertib itu. |
Pelantikan peguam bela dan peguam cara |
15. | Jawatankuasa Tatatertib boleh melantik seorang peguam bela dan peguam cara yang boleh hadir pada mana-mana pendengaran tatatertib untuk menasihati Jawatankuasa Tatatertib. |
Keterangan lisan |
16. | Keterangan di hadapan Jawatankuasa Tatatertib hendaklah diberikan secara lisan atau, jika Jawatankuasa Tatatertib berpendapat ia perlu bagi membolehkan perkara itu dipertimbangkan dengan lebih baik, melalui afidavit bersumpah. |
Tatacara Jawatankuasa Tatatertib |
17. | Tertakluk kepada peruntukan Akta dan Kaedah-Kaedah Institut, Jawatankuasa Tatatertib hendaklah mengawal selia tatacaranya sendiri sebagaimana yang difikirkannya patut dan perlu atau wajar bagi pelaksanaan kewajipannya. |
Kuasa Jawatankuasa Tatatertib |
18. | (1) | Apabila suatu aduan dirujukkan kepada Jawatankuasa Tatatertib menurut subkaedah 9(1) dan selepas siasatan wajar dibuat mengikut peruntukan Kaedah-Kaedah ini didapati mana-mana anggota Institut bersalah atas kelakuan tidak profesional, Jawatankuasa Tatatertib hendaklah mengenakan mana-mana satu atau mana-mana kombinasi hukuman tatatertib yang dinyatakan dalam subkaedah (3). |
| (2) | Jika sesuatu fakta dikemukakan terus kepada pengetahuan Jawatankuasa Tatatertib dan selepas siasatan wajar dibuat mengikut peruntukan Kaedah-Kaedah ini, Jawatankuasa Tatatertib berpuas hati bahawa mana-mana anggota Institut telah— |
| | (a) | mengaku bersalah atau didapati bersalah di hadapan sesuatu Mahkamah undang-undang di Malaysia atau di mana-mana negara yang penghakimannya boleh didaftarkan di Malaysia atas— |
| | | (i) | kelakuan tidak profesional; atau |
| | | (ii) | suatu kesalahan yang melibatkan fraud atau kecurangan; |
| | (b) | menjadi bankrap; atau |
| | (c) | dalam tiga tahun sebelum tarikh Jawatankuasa Tatatertib bercadang untuk menjalankan kuasa tatatertibnya di bawah kaedah ini, secara individu atau sebagai seorang pekongsi, telah menyerahakkan secara substansial keseluruhan estetnya bagi faedah pemiutangnya atau telah di bawah apa-apa surat ikatan atau surat cara menyerahkan secara substansial keseluruhan estetnya kepada seorang pemegang serah hak atau pemegang amanah bagi faedah pemiutangnya atau telah membuat apa-apa perkiraan bagi pembayaran suatu komposisi kepada pemiutangnya, |
| | Jawatankuasa Tatatertib hendaklah mengenakan mana-mana satu atau mana mana kombinasi hukuman tatatertib yang dinyatakan dalam subkaedah (3). |
| (3) | Bagi maksud subkaedah (1) dan (2), Jawatankuasa Tatatertib hendaklah mempunyai kuasa untuk mengenakan mana-mana satu atau mana-mana kombinasi hukuman tatatertib yang berikut: |
| | (a) | tertakluk kepada peruntukan subkaedah (4), memerintahkan nama anggota itu dikeluarkan daripada daftar dan dia hendaklah terhenti menjadi seorang anggota Institut; |
| | (b) | tertakluk kepada peruntukan subkaedah (4), menggantung anggota itu selama suatu tempoh tidak melebihi tiga tahun; |
| | (c) | memerintahkan sijil amalan anggota itu dibatalkan; |
| | (d) | mengenakan ke atas anggota itu suatu denda tidak melebihi lima ribu rlnggit; |
| | (e) | memerintahkan anggota itu diberi amaran, dicela atau ditegur; |
| | (f) | memerintahkan anggota itu supaya membayar kepada Institut sejumlah wang yang difikirkannya patut dan munasabah berkenaan dengan kos dan perbelanjaan bagi dan yang bersampingan dengan apa-apa pendengaran tatatertib di hadapan Jawatankuasa Tatatertib dan apa apa penyiasatan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Penyiasatan; atau |
| | (g) | memerintahkan anggota itu supaya menghadiri suatu kursus pengajaran yang diluluskan oleh Jawatankuasa Tatatertib selama suatu tempoh masa yang hendaklah ditentukan oleh Jawatankuasa Tatatertib. |
| (4) | Peruntukan perenggan (3)(a) dan (3)(b) tidak terpakai bagi anggota itu jika kesalahan telah dilakukan sebelum tarikh pendaftarannya sebagai seorang anggota Institut dan bahawa Majlis sedar mengenai sabitannya berkenaan dengan kesalahan itu sebelum tarikh pendaftaran itu. |
| (5) | Tiada hukuman di bawah perenggan (3)(d) boleh dikenakan jika anggota itu telah disabitkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis oleh mana-mana Mahkamah bagi suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan atau denda. |
| (6) | Jawatankuasa Tatatertib hendaklah, jika diminta secara bertulis oleh anggota itu, mengkaji semula kos dan perbelanjaan yang dikenakan di bawah perenggan (3)(f) dalam masa dua puluh satu hari dari tarikh permintaan itu dan kajian semula itu adalah muktamad. |
| (7) | Apa-apa keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib di bawah kaedah ini hendaklah secara bertulis. |
Pemulaan keputusan |
19. | (1) | Apa-apa keputusan Jawatankuasa Tatatertib hendaklah bermula apabila habis tempoh dua puluh satu hari dari tarikh keputusan itu dimaklumkan kepada anggota itu. |
| (2) | Jika suatu rayuan telah dibuat oleh mana-mana anggota yang terkilan terhadap keputusan Jawatankuasa Tatatertib mengikut peruntukan seksyen 21 Akta dan Bahagian IV Kaedah-Kaedah ini, rayuan itu hendaklah berkuat kuasa sebagai suatu penggantungan keputusan Jawatankuasa Tatatertib melainkan jika Lembaga Rayuan Tatatertib memerintahkan selainnya. |
Tempoh penggantungan |
20. | (1) | Seseorang anggota Institut yang digantung di bawah perenggan 18(3)(b) hendaklah terhenti menjadi anggota Institut dan apabila habis tempoh penggantungannya, hak dan keistimewaannya sebagai seorang anggota Institut hendaklah dipulihkan dengan serta-merta. |
| (2) | Anggota itu hendaklah terhenti menikmati apa-apa faedah yang diberikan oleh Institut kepada anggotanya semasa tempoh penggantungan itu. |
Pembayaran fi selama tempoh penggantungan |
21. | Seseorang anggota yang keanggotaannya telah digantung atau sijil amalannya dibatalkan, hendaklah terus membayar segala fi yang genap masa dan kena dibayar semasa tempoh penggantungan atau pembatalan itu dan hendaklah tertakluk kepada semua peruntukan Akta, kaedah-kaedah, undang-undang kecil Institut dan kewajipan berkanun lain yang terpakai semasa tempoh itu. |
Penyerahan sijil |
22. | Seseorang anggota yang namanya telah dikeluarkan daripada daftar di bawah kaedah 6 atau 7 Kaedah-Kaedah Institut Akauntan Malaysia (Keanggotaan dan Majlis) 2001 [P.U.(A) 343/01] atau keanggotaannya telah digantung atau sijil amalannya telah dibatalkan di bawah Kaedah-Kaedah ini, hendaklah menyerahkan sijil keanggotaan atau sijil amalannya, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada Pendaftar, dalam masa empat belas hari dari tarikh pemberitahuan pengeluaran, penggantungan atau pembatalan itu. |
Penerimaan masuk semula |
23. | (1) | Mana-mana orang yang namanya telah dikeluarkan dari daftar di bawah kaedah 18 boleh memohon kepada Majlis selepas habis tempoh tidak kurang daripada lima tahun namanya dikeluarkan daripada daftar bagi penerimaan masuk semula sebagai seorang anggota. |
| (2) | Apabila suatu permohonan bagi penerimaan masuk semula di bawah subkaedah (1) diterima, Majlis hendaklah menggunakan budi bicaranya dalam menimbangkan permohonan itu dan keputusan Majlis adalah muktamad. |
Perintah Mahkamah |
24. | Majlis boleh memohon kepada Mahkamah bagi mendapatkan suatu perintah yang hendaklah dikenakan ke atas mana-mana anggota yang gagal untuk menyerahkan sijil keanggotaan atau sijil amalan mengikut kaedah 22. |
Hutang kepada Institut |
25. | Tiap-tiap penalti wang yang dikenakan dan semua kos dan perbelanjaan yang kena dibayar di bawah Kaedah-Kaedah ini hendaklah boleh didapatkan sebagai suatu hutang yang kena dibayar kepada Institut. |